Keputeraan dan kehidupan awal Tuanku_Syed_Putra_ibni_Almarhum_Syed_Hassan_Jamalullail

Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 25 November 1920, Seri Paduka Baginda Raja Perlis menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau dan meneruskan persekolahan baginda di Penang Free School. Ketika berusia 18 tahun, baginda memulakan kerjaya sebagai anggota Perkhidmatan Awam pada tahun 1938.

Pada tahun 1940, Baginda dilantik sebagai Majistret di Kangar dan kemudian ditukarkan ke Kuala Lumpur pada 1941 selepas meletusnya Perang Dunia Kedua. Baginda berkahwin dengan Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail pada 1941 dan dikurniakan dengan lima putera dan lima puteri.